Tidak seperti biasanya, hari itu Ali bin Abi Thalib pulang lebih awal
menjelang ashar. Fatimah binti Rasulullah menyambut kedatangan suaminya
yang sehari suntuk mencari rezeki dengan sukacita. Siapa tahu Ali
membawa uang lebih banyak kerana keperluan di rumah makin besar. Sesudah
melepas lelah, Ali berkata kepada Fatimah. “Maaf sayangku, kali ini aku
tidak membawa uang seperspun.”
Fatimah menyahut sambil tersenyum, “Memang yang mengatur rezeki tidak
duduk di pasar, bukan? Yang memiliki kuasa itu adalah Allah Ta’ala.”
“Terima kasih,” jawab Ali. Matanya memberat lantaran isterinya begitu
tawakkal. Padahal keperluan dapur sudah habis sama sekali. begitu pun
Fatimah tidak menunjukan sikap kecewa atau sedih.
Ali lalu berangkat ke masjid untuk menjalankan sholat berjamaah.
Sepulang dari sembahyang, di jalan ia dihentikan oleh seorang tua. “Maaf
anak muda, betulkah engkau Ali anaknya Abu Thalib?” Ali menjawab dengan
heran. “Ya betul. Ada apa, Tuan?”.
Orang tua itu mencari kedalam begnya sesuatu seraya berkata: “Dahulu
ayahmu pernah kusuruh menyamak kulit. Aku belum sempat membayar upahnya,
ayahmu sudah meninggal. Jadi, terimalah uang ini, sebab engkaulah ahli
warisnya.” Dengan gembira Ali mengambil haknya dari orang itu sebanyak
30 dinar.
Tentu saja Fatimah sangat gembira memperoleh rezeki yang tidak di
sangka-sangka ketika Ali menceritakan kejadian itu. Dan ia menyuruh
membelanjakannya semua agar tidak pusing-pusing lagi merisaukan
keperluan sehari-hari.
Ali pun bergegas berangkat ke pasar. Sebelum masuk ke dalam pasar, ia
melihat seorang fakir menadahkan tangan, “Siapakah yang mahu
menghutangkan hartanya kerana Allah, bersedekahlah kepada saya, seorang
musafir yang kehabisan bekal di perjalanan.” Tanpa berfikir panjang, Ali
memberikan seluruh uangnya kepada orang itu.
Pada waktu ia pulang dan Fatimah keheranan melihat suaminya tidak
membawa apa-apa, Ali menerangkan peristiwa yang baru saja dialaminya.
Fatimah, masih dalam senyum, berkata, “Keputusan kanda adalah yang juga
akan saya lakukan seandainya saya yang mengalaminya. Lebih baik kita
menghutangkan harta kerana Allah daripada bersifat bakhil yang di
murkai-Nya, dan yang menutup pintu syurga untuk kita.”












Tidak ada komentar:
Posting Komentar